1)BERMANFAAT:
Merangkumi pemakanan yang jika diamalkan akan bertindak dalam sistem tubuh sebagai ubat yang menyembuhkan masalah kesihatan pada diri anda secara keseluruhan ianya membantu meningkatkan kadar daya tahanan tubuh (immune system) dari serangan penyakit.
2)SEIMBANG:
Merangkumi pemakanan yang jika diamalian bertindak dalam sistem tubuh tetapi sekadar memenuhi keseimbangan (balance) sistem tubuh dan membantu menyokong makanan-makanan yang tersenarai dalam bahagian BERMANFAAT.
3)MEMUDARATKAN:
Merangkumi pemakanan yang jika diamalkan bertindak sebagai Ibarat racun yang akan terkumpul dalam sistem tubuh yang mana lama kelamaan akan menimbulkan berbagal gejala penyakit apabila usia semakin meningkat
Dari itu seberapa yang boleh elakkanlah pemakanan dalam senarai kategori MEMUDARATKAN, jika termakan juga perlulah mengambil suplemen-suplemen tertentu untuk segera membersihkan sistem agar tidak mengumpul toksin dalam sistem tubuh hingga membawa kepada kepada penyakit penyakit yang tidak diingini.
Mungkin timbul kemusykilan apabila mendapati dalam senarai pemakanan, penekanan pemakanan yang lazimnya akan dinasihatkan oleh doktor biasa untuk dielak, tetapi disenaraikan sebagai bermanfaat untuk diamalkan. Contoh seperti ada beberapa bahan yang dinasihatkan doktor biasa agar dielakkan jika mengalami masalah kolesterol atau masalah-masalah berkaitan jantung atau tekanan darah tinggi, kerana akan meningkatkan lagi tahap kolesterol dan tekanan darah, tetapi di disenaraikan sebagai sangat bermanfaat pada darah A. Jadi bagaimanakah keadaan ini? Mungkin pula, pada pengalaman anda sendiri ada di antara pemakanan yang disenaraikan sebagai bermanfaat tetapi tiap kali anda makan menimbulkan ketidakselesaan, mengapakah demikian? Jadi sebenarnya timbulnya masalah kesihatan atau ketidakselesaan itu sebenarnya bukanlah kerana pemakanan tersebut, tetapi yang menjadi masalah adalah kerana di dalam tubuh anda sudah dipenuhi dengan pemakanan yang tidak sesuai darah A, banyak toksin telah mendak di detox, yang apabila makanan yang seharusnya bermanfaat itu, akan bertindak sebagai ubat mengeluarkan gejala-gejala penyakit yang tersimpan dalam sistem, Istilah membongkar sistem. Namun jika sistem tubuh telah mengikut pemakanan yang sesuai darah, bererti tiada pemendakkan toksin, maka memakan pemakanan yang tersenarai bermanfaat tersebut, tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada kesihatan, bahkan akan bertindak sebagai ubat untuk mengatasi masalah kesihatan dan menguatkan lagi sistem imun darah A.
Dari Itu sebelum hendak memakan makanan dari kategori BERMANFAAT, hendaklah memastikan pemakanan dalam senarail MEMUDARATKAN tadi telah dielakkan secara serius, agar tiada berlaku pembongkaran atau pembersihan toksin apabila mengamalkan pemakanan dari kategori BERMANFAAT itu tadi.
Jika kelihatan ada nama-nama yang asing yang disenaraikan juga dalam panduan di atas, ini adalah kerana banyak bahan-bahan ini berkemungkinan akan anda dapati dalam produk-produk kesihatan MLM, maka ianya perlu disenaraikan juga.